top of page

SMATH ENTERPRISE

(PG0498279-A)

Pendahuluan

Syarikat Smath Enteprise adalah sebuah syarikat konsultan yang menyediakan produk dan perkhidmatan Pendidikan khususnya dalam meningkatkan kecemerlangan, kecenderungan dan minat para pelajar dan orang ramai terhadap Matematik. Syarikat ini ditubuhkan pada Julai 2020 dengan bermatlamatkan pembangunan pendidikan yang lebih dinamik, efektif dan seronok. 

Objektif

 

Menjadi sebuah syarikat perniagaan yang mampu menghasilkan produk pembelajaran  Matematik yang berkualiti tinggi, bermanfaat serta effektif untuk kegunaan pelajar tanpa mengira peringkat umur. Sekaligus dapat membantu para pelajar untuk lebih memahami subjek Matematik dengan cara yang seronok dan menarik.

 

Matlamat

Ingin menjadi sebuah syarikat yang berdaya saing serta produktif dalam menghasil produk pembelajaran Matematik yang effektif selari dengan silibus Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

 

Hala Tuju

Menjadi salah sebuah syarikat pengeluar utama modul Matematik yang lengkap kepada institusi pendidikan seperti di Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, pusat tusyen berdaftar serta kepada guru Home Tutor. Selain itu, bakal menjadi pusat tusyen yang mempunyai set modul tersendiri serta mempunyai tenaga pengajar yang berpengalaman 

ziyad.png
Ziyad Haziq Bin Khalil
Pengurus Utama
8a373b64-8e67-421b-9551-c5f90ca9c6aa_edi
Muhammad Faiz Bin Ashabullyamin
Pengurus Pemasaran

Merupakan penuntut  dalam bidang Pendidikan Matematik di Fakulti Pendidikan, UiTM. Berpengalaman dan berkebolehan mengajar, memberi bimbingan dalam pengajaran dan penyampaian Matematik. Selain itu, berkebolehan untuk menjadi ketua dan ahli yang cemerlang dalam sesebuah kumpulan, yang mana mampu menyelesaikan masalah dan konflik secara profesional. Seterusnya, dilatih dengan kemahiran komunikasi khas, mampu untuk menterjemahkan informasi kompleks kepada bahasa yang lebih mudah difahami dan sentiasa beraurakan jati diri yang menarik. 

Memiliki diploma dalam bidang Sains Matematik dan seterusnya sedang mengikuti pengajian dalam sarjana muda dalam bidang Pendidikan Matematik. Beliau mempunyai gaya pengajaran dan bimbingan yang kreatif dan dinamik yang pasti berupaya meningkat minat para pelajar terhadap subjek kritikal ini. Bergiat aktif dan berpengalaman dalam memberikan bimbingan dan pengajaran secara individu atau berkumpulan dalam subjek Matematik atau Matematik Tambahan bermula daripada peringkat sekolah rendah sehingga menengah. Mempunyai perwatakan yang sangat menarik dan mudah didekati oleh orang ramai terutama para pelajar. 

wiya.png
Nurrabiatul Adawiyah Binti Abdul Rahman
Pengurus Kewangan

Seorang yang mempunyai minat mendalam di dalam bidang pendidikan dan merupakan seorang yang gemar berkongsi ilmu bersama yang lain. Dengan memegang konsep bahawa pendidikan merupakan senjata yang dapat mengubah dunia, membuatkan beliau lebih bersemangat untuk memberi sumbangan dalam bidang pendidikan kepada anak bangsa dan negara. Selain mempunyai personaliti yang menarik, beliau juga mempunyai kemahiran memimpin yang cemerlang. Penuntut Tahun 3 dalam bidang Pendidikan Matematik di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA). 

Pendaftaran Syarikat

SSM SMath.png
bottom of page