top of page

Perkhidmatan / Program

Home Tutor / Home Tuition

Perkhidmatan Home Tutor membantu pelajar untuk mendapat sesi pembelajaran secara peribadi dengan konsep one-to-one. Oleh itu ia dapat meningkatkan lagi fokus pelajar dalam memahami subjek yang dipelajari

Setiap pelajar juga akan dianalisa secara terperinci kelemahan dan kekuatan pada permulaan sesi bagi memudahkan Tutor merancang pembelajaran yang lebih berkesan.

Untitled.png

Mathematical Thinking Enhancement Program

MaTh-EP merupakan sebuah program khas yang dikhususkan kepada para pelajar sekolah dan universiti dalam membangunkan pemikiran mereka dalam Matematik. Program ini juga membuat "Training of Trainer (TOT)" yang dibuka kepada para guru, bakal guru serta semua pendidik dan fasilitator Matematik yang ingin mendalami strategi serta pendekatan yang boleh digunakan dalam meningkatkan dan membangunkan pemikiran Matematik para pelajar. Objektif utama program ini meningkatkan kemahiran asas pemikiran Matematik para pelajar khususnya dalam proses kognitif-metakognitif sewaktu menjawab soalan-soalan Matematik dan mempelajari kandungan Matematik. 

20171030_145617.jpg

Fun With Math

Program Fun with Math adalah satu program yang lebih menekankan aplikasi konsep asas matematik di dalam setiap aktviti yang dijalankan dalam bentuk yang lebih santai,pelbagai dan menarik.

DSC_0738.JPG

Motivasi / Jati Diri

Program ini merupakan salah satu program pilihan pihak sekolah kerana  menyediakan aktiviti berkumpulan yang sangat menyeronokkan. Selain itu, aktiviti yang dijalankan juga dapat memberi inspirasi serta meningkatkan motivasi para pelajar yang menyertainya. Modul yang digunakan semasa program juga membantu untuk mengukuhkan kemahiran insaniah pelajar seperti kemahiran komunikasi dan kemahiran kepimpinan.

IMG_3826.JPG
bottom of page