Sasaran
SMath Enterprise menawarkan perkhidmatan pendidikan dan juga jualan produk pendidikan kepada para pelajar bermula daripada rendah sehingga kepada institusi pengajian tinggi. Oleh yang demikian, pihak kami mensasarkan pelanggan daripada pelbagai latar belakang dan pendidikan. Skop sasaran pelanggan kami adalah seperti berikut:
Sekolah (Rendah & Menengah)
Pihak syarikat konsultansi ini menawarkan produk dan perkhidmatan yang dapat memberikan manfaat dalam pembangunan akademik dan sahsiah para pelajar bermula daripada sekolah rendah sehingga ke menengah. Selain pengkhususan perkembangan pendididikan dalam subjek Matematik, pihak kami juga menawarkan perkhidmatan motivasi umum dalam pendidikan secara amnya. Pihak sekolah boleh membeli produk-produk syarikat kami iaitu permainan Mathzzle dan Modul DIY Matematik bagi kegunaan di sekolah.
Institusi Pengajian Tinggi
Selain tertumpu kepada perkembangan pendidikan di peringkat sekolah, pihak kami juga menawarkan perkhidmatan pendidikan bagi IPTA atau IPTS yang berminat. Selain menekankan perkembangan akademik para pelajar, kami juga mampu mempertingkatkan dan menawarkan program-program yang mampu menjana kemahiran insaniah (soft skills). Aspek ini termasuk kemahiran belajar, komunikasi, emosi, kerjaya dan sebagainya.
Ibu Bapa
Prospek syarikat ini menawarkan khidmat perkhidmatan "private tutor" atau "one-to-one coaching" kepada para pelajar bagi kelas tambahan bagi subjek Matematik atau Matematik Tambahan. Ini meliputi bermula daripada peringkat sekolah renda, menengah dan pra-universiti. Para pengajar dan pembimbing kelas tersebut terdiri daripada pengajar yang berpengalaman dan effektif. Selain itu, produk yang dijual oleh syarikat ini iaitu permainan Mathzzle dan modul matematik juga amat bersesuaian dibeli oleh para ibu bapa untuk digunakan untuk anak-anak mereka di rumah,
Korporat
SMath juga menyediakan perkhidmatan program-program akademik dan motivasi buat organisasi kerajaan atau swasta. Program seperti kelas tambahan akademik/ motivasi/jati diri/ dsb bagi anak-anak staf jabatan berkaitan. Pihak kami juga menyediakan perkhidmatan program-program bersesuaian bagi organisasi korporat seperti kepimpinan, "team building" dan motvasi di tempat kerja.



